jenis2 batu akik yang terbaik dan bagus
Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang mengelarkan batu ini sebagai batu badar lumut. ini kerana ia mempunyai sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat sejuk. Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti berikut:
menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit, menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh, serta untuk keselamatan diri
Batu
Panca Nur atau pancha warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih
dari dua ke lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini
iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan
lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila
dipegang terasa berat dan getarannya. Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling. - Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling. - Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita.
- Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
3. BATU LAFADH
BATU
LAFADH adalah berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semulajadi padanya
kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di
dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, anda perlu berhati-hati
dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang
dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.
4. BATU SERAI
BATU
SERAI hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang berbunga atau
pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan bunga padi. Untuk
makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat sukar untuk
mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga amat sukar
dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai berbunga,
untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu pokok
serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan hanya
orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu
serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna
merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu. Kelebihan dan keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.
5. BATU ZAMRUD
Emrald
atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang sentiasa dikagumi
ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin kebanyakannya mengakui
batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi dari segi spiritual.
Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara bacaan 7 hingga 9.
Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan tidak ramai yang
dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak tinggi. Zamrud
jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud yang paling
bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara colombia yang
harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Emrald atau
zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka yang lahir dalam bulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran. Pada
masa dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan
pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai
batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da
keyakinan yang tinggi.
6. BATU BADAR BESI
Batu
badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau
istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet
padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum
mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini
memberi khasiat dan kelebihan yang banyak.
Batu
badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen yang tinggi
sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan 5-6 skala
Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai didaerahbrazil, mexico, Australia dan amerika yang mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu.
Cerita
masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak
sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan
kebal kepada peluru. Lainnya ialah sebagai pagar diri, mampu melindungi
pemiliknya dari bahaya sihir, anti cukur dan menghindarkan aura jahat.
7. BATU KECUBUNG
Amethyst yang
juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang berwarna
ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud penawar
dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di dalam
gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk.
Amethyst atau kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Kecubung
dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung
yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia dan India. Batu
Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan
raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna
ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna
merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu
kebiru-biruan. Batu Kecubung/ Amethyst merupakan birthstone untuk
mereka yang lahir pada bulan Februari. Dimata umum masyarakat,
kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk pengasihan dan bisa
mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.
Ruby
atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang
menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala
batu permata atau dikenali sebagai "king of germstone"yang
begitu popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah
amat sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan
fizikal batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya
terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah tua). Delima
adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada bacaan skala
Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari negara Burma
(sekarang Myammar) kerana kualiti dan
kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima
yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika
selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India. Ruby atau delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir pada bulan Julai.
Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara, Delima merah berada
dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk pelindung diri dari
ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau pemerintah, Ruby
dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan orang ramai patuh
pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang paling masyur dalam
masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan peniaga pula
dikatakan untuk kekayaan. Ruby atau batu delima terbaik adalah dari
negara burma dimana harganya mengikut timbangan karat.
9. CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING)
Batu
mata kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam
kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada
batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah uniknya batu ini
sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini banyak
terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda.
cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai
kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs. Chrysoberyl
merupakan batu permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran
dengan kualiti yang sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing
ini termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil,
dan Timur Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari
oleh ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu
permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal. Cat's
eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah.
Apabila membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing" pada batu
tersebut berada di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka"
dan "tertutup" apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum
dikatakan banyak sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan
lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik
kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit
fizikal dan mengelak sihir).
10. BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)
BATU TIGER
EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam
keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya
yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau
yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning
yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren. Kekerasan
skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai
di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan
china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai
peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang
menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan
dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah
diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata
menangkis pebuatan sihir dan jahat.
11. BATU JARUM MAS
Batu
jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu ia
adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam
kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau
serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna
dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning
yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum. Batu
jarum mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah
salah satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak
bumi. kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs.
terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan
sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang
menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam
dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas
dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan
pemakainya.
12. BATU NILAM (SHAPHIRE)
Nilam
juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam amat
dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai pencinta
batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya adalah
berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan
nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs.
Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand,Russia, kalimantan Indonesia dan juga Afrika. Batu permata
Nilam yg terkenal didunia adalah blue shaphire (safir berwarna
biru) yang mana struktur mineral dan seratnya memiliki keunikan pancaran
cahaya yang berbeza-beza menjadikannya kelihatan amat
mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning dan putih
tetapi harganya tidak standing dengan nilam berwarna biru. Kelebihan
dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini dapat menjernihkan
fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian hati, membawa
kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup. Raja-raja dan
para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan wibawa dan
sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan dimata umum
yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan aura penarik
bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada bulan september.
13. BATU PIRUS (TURQUOISE)
Batu
Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta batu
permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran urat
yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai campuran
mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan peranan
terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan
kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang
menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi. Batu
pirus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala Mohs.
Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan
negara Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang berumur
40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus kerana
keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan menarik
dan cantik. Batu
pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya dipasaran ialah pirus
berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang tidak memiliki jaluran
atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu istimewa ini
dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit, memberikan
ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya kekuatan
dalaman atau roh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar